Tuesday, January 24, 2012

THEY ARE OUR BELOVED


Salam sejahtera, salam 1 Malaysia.  Kali ini aku paparkan kisah tentang kucing-kucing kesayangan kami.  Apa yang menarik tentang mereka ini ialah, setiap seekor darinya punya karektor tersendiri.  Kini kami ada 25 ekor kucing semuanya, tidak termasuk yang sudah mati.  Mereka membuat kami ketawa dan juga duka yang amat dalam.  Aku sangat sayang pada kucing-kucing ku sehingga aku tak mampu untuk marah kerana merekalah teman sejati ku sekarang.  Dalam gambar ini, kucing bernama TRIYA (3 warna) dan Baby Bataras (hitam putih).  Triya datang ke rumah kami semasa Hari Raya Aidilfitri dan Baby Bat diambil dari Supermarket Bataras (dulu dikenali sebagai Kedai Batu Arang) semasa bulan Ramadan.  Mereka ini kucing terbiar.  Setiap kucing yang berada di rumah kami perlu ada sikap kasih sayang dan menjaga antara satu sama lain dan yang penting mereka harus manja dengan kami hehe.


Lihat, itulah tanda kasih sayang antara dua kucing yang tiada talian darah hahaha ... walaupun baru kenal dua ekor kucing ini saling jilat menjilat ... ops jilat untuk membersihkan bulu okay.  Bila melihat mereka begini hati ku sangat sukah


Pertama kali B.Bat sampai ke rumah kami, keadaannya sangat menyedihkan.  Dengan telinga berkurap dan berdarah, badannya berkudis, matanya sentiasa ada tahi dan dia sangat lemah.  Setiap hari B.Bat hanya tidur dan dia suka tempat tidur yang tinggi.  Tapi sekarang B.Bat adalah kucing jantang yang sangat handsome hehe tengoklah mukanya yang mengancam itu.  Bukan itu saja, B.Bat sangat lincah dan gauk.   


Milo dan Yayam.  Mereka ini sangat menyayang antara satu sama lain, kalau tidur pun akan selalu bersama biarpun di tempat yang sempit seperti ini.  Mereka sangat bulat sebab kuat makan!!


Ini adalah Comel.  Dia benar-benar comel hehe. Comel tidak suka duduk di rumah terlalu lama, selalu dia akan keluar dan hilang.  Apabila dia lapar dia akan balik ke rumah tetapi terus masuk ke bilik ku melalui tingkap.  Comel sudah memecahkan dua keping cermin tingkap bilik ku, baguskan haha.  Ada kalanya Comel suka di belai dan selalu dia mahu bersendirian so .. let it be.


Suatu hari B.Bat telah tercirit.  Dia tidak dapat mengawal tahi nya keluar, walaupun dia cirit tiada tanda-tanda dia sakit, sambil melompat ke sana sini, sambil itulah dia tercirit.  Kerana terlalu penat membersihkan ciritnya, maka kami sepakat untuk kuarantinkan B.Bat sehingga dia okay.  Kesian B.Bat ... sabar ahhh


Inilah kucing kesayangan ku yang ku ambil di parking lot dekat ofis ku.  Ketika aku jumpa ia, keadaannya memang menyedihkan, biasa la mana ada kucing jalanan yang bersih kan.  Ini hari pertama dia di rumah ku. Namanya Ronggeng.  Boboy yang berikan nama tu sama ia atas sebab apa, wo putce tau la.  Ronggeng sangat manja tapi kadang-kadang menyasakkan aku sebab ia suka berjalan di kaki dan selalu aku tersepak dia.  Triya dan Ronggeng mengingatkan aku pada Schememet, kucing jelita yang sudah mati pada 2 November 2008.  Aku dapat dua pengganti Schememet. 


Ronggeng selalu temankan aku tidur.  Aku berikan dia gelaran Fruit Cake sebab warna bulunya sangat terang. Aku suka kucing ini kerana ia sangat manja dan bulunya sangat lembut.



Seperti si B.Bat, Ronggeng juga suka tidur di tempat tinggi dan papan sterika ini selalu menjadi tempat kegemarannya untuk modop.


Ini pula kucing yang sedang membesar dalam kurungan.  Kami terpaksa buat begini supaya mereka tidak terkena jangkitan kuman, mereka ini masih kecil dan kalau di keluarkan dalam umur sekecil ini pasti akan mati kalau tidak di jaga rapi.


Ronggeng sangat suka dengan camera, lihatlah dia memberi pose yang paling cumil hehe ..


Ronggeng dengan kain batik jawa hahaha 


This is my Princessa .. NINA.  Umur Nina sudah masuk dua tahun setengah.  Dulu Nina adalah kucing yang paling cantik, tapi perangai Nina sangat sukar.  Dia tidak suka di peluk tidak suka di belai dan dia selalu 'Outstation'.  Ke mana Nina pergi? Dia akan melepak di Masjid dengan si Embun dan apabila lapar dia akan pulang dengan bising.  Apa pun, Nina tetap kucing kesayangan ku.


Nina bukan kucing yang suka memanjakan kucing lain, tapi hari ini dia boleh tidur bersama Triya .. aku tidak banyak snap gambar Triya, tapi dia juga kucing yang manja tetapi kurus. Triya telah mati pada 3 Disember 2011.  Mayatnya dijumpai di bawah kereta ku.  Aku sangat sedih. Triya dikuburkan di belakang rumah di bawah pokok mangga.  Rehatlah Triya ku sayang.


Saat indah bersama Ronggeng, dia memang sangat manja.


Ini pula Buruk @ Bida @ Lufthansa.  Dia sudah besar sekarang, semasa aku ambil dia di Jinyuan General Servis di Patau-Patau, dia sangat kecil, sekarang dia semakin manja dan menyasakkan aku haha, tapi aku tetap sayang Buruk sama macam kucing-kucing lain di rumah kami.


Ada-ada saja Comel nie, aku mo packing baju, ia masuk cepat-cepat, mybe dia mau ikut aku jalan-jalan hehe


Milo ada masalah telinga, dia selalu saja berkurap di telinga sejak kecil. kadang-kadang ok kadang-kadang ko. Milo juga manja, eh semua tia manja dorg ni haha


B.Bat kalau sudah tidur, buatlah apa saja, dia tidak akan bangun selagi tidurnya tidak puas huhu, inilah masa yang best untuk menggomol si B.Bat.


Wei Wei dan Buruk sedang tidur dengan lena.


Chumelya Ronggeng semasa tidur


Ada seorang pakcik jiran ku, dia pernah cakap, jangan ambil gambar kucing nanti dia akan mati.  Aku tidak percaya semua itu, tapi suatu hari pada 24 Disember 2011 Ronggeng mula menunjukkan tanda-tanda tidak berselera makan dan muntah-muntah.  Kebetulan pula cuti Hari Krismas, maka terpaksalah kami menunggu hari Rabu barulah dapat kami membawa Ronggeng ke Veterinar.


Pada 25 Disember 2011 tahap kesihatan Ronggeng semakin bertambah buruk, dia langsung tidak mahu makan, tidak mahu minum dan hanya tidur sahaja.  Aku suapkan dia makanan dan beri dia minum menggunakan syringe.  Tapi dia muntahkan semula.  Aku jadi risau sangat dan aku pun jadi susah hati sehingga susah untuk tidur.  Aku cakap pada Ronggeng tolonglah bertahan dan jangan tinggalkan aku.


Pada 26 Disember 2011, jam 5 pm, Ronggeng langsung tidak berdaya, aku sudah kehabisan idea kerana dia asyik muntah-muntah.  Aku semakin gelisah sebab Ronggeng tidak mahu makan, so aku tinggalkan Ronggeng sekejap untuk ke kedai mencari makanan baby, mana tahu dia mahu makan makanan itu.  Suara Ronggeng pun tidak kedengaran lagi, aku cuba memberikan membuat dia tidak tidur dan aku bercerita dengan memberi harapan supaya dia bertahan satu malam lagi, tapi perasaan aku sungguh tidak tenteram ... hanya Allah Taala sahaja yang tahu.


Bila aku pulang Ronggeng sudah tiada, aku heran ke mana ia pergi.  Aku mencari Ronggeng di merata rumah, di dalam dan di luar.  Aku bengang, marah, sedih dan jiwa kacau.  Aku teringat kata orang, kalau kucing hendak mati dia akan menyendiri dan mencari tempat sejuk.  Sedang-sedang aku mencari Ronggeng tetiba saja ada orang datang ke rumah, Irene .. kawan kakak ku.  Aku melayan ia dalam keadaan jiwa ku sangat terbeban, ada rasa macam mau halau saja Irene pulang.  Akhirnya azan Maghrib .. Irene balik dan aku meneruskan mencari Ronggeng.  Berpusing-pusing aku di halaman rumah memikirkan tempat-tempat Ronggeng selalu pergi ... tiada!  Aku mulai menangis dan memanggil namanya.  Tiba-tiba aku terpanggil untuk melihat di bawah pemanggang burger.  Ya Allah aku jumpa juga akhirnya.  Aku menarik Ronggeng keluar dan membawa dia masuk ke bilik.  Inilah gambar terakhir Ronggeng, ketika itu Milo ada menemankan dia tapi Ronggeng sudah benar-benar tidak memberi response.  Aku cuba memanggil-manggil dia dan dia membuka matanya dan aku melihat mata hitamnya sudah dalam bulatan penuh, aku terus menelefon Ann dan meminta dia pulang.  Dalam pada itu, dia terus muntah dan bergelut dengan nyawanya yang terakhir, aku terus mengangkat Ronggeng ke riba ku dan tak tahu hendak berbuat apa, aku berdoa kepada Tuhan, jika Dia ingin mengambil Ronggeng, segerakanlah kerana aku sudah tidak tahan melihat Ronggeng terseksa begitu.  Aku melihat Ronggeng menghembuskan nafasnya terakhir dengan muntah keluar dari mulutnya.  Ronggeng diam dan aku terus menangis.  Ronggeng telah meninggalkan aku ...


Dengan rasa berat hati dan kecewa tidak terhingga, Ronggeng ku balut dengan tuala bersih dan untuk kali terakhir aku mencium pipi Ronggeng dan membisik di telinganya, Aku Sayang Kau Ronggeng .. rehatlah dan aku akan selalu mengingati mu dan merindui mu selamanya.  


Aku dan Ann mengebumikan mayat Ronggeng di belakang rumah.  Di sinilah tempat persemadian Ronggeng untuk selamanya, aku percaya suatu hari Schememet, Triya dan Ronggeng akan kembali kepada ku sekali lagi.  Mereka adalah kesayangan ku, kucing-kucing inilah yang setia menyayangi aku. Rehatlah dengan aman kucing ku sayang.