Sunday, November 6, 2011

JAHITAN MANIK


Ini bukan mau menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada promosi.  Aku mula berminat menjahit manik kerana aku suka akan warna dan motif yang terbentuk oleh manik-manik kecil ini.  So aku mula menjahit di atas baju-baju ku.  Ia menjadi hobi dan juga pendapatan tetapi tertakluk kepada tempahan.


Motif ini aku ciplak dari baju kawan ku.  Aku mencubanya dan mengubahnya sedikit dan ia berjaya.  Walaupun tidak sempurna tapi ia masih boleh dibanggakan haha ..


Jahitan manjalara


Pada raya lalu, kawan ku meminta untuk menjahit manik pada baju kurungnya dan dua anak gadisnya.  Inilah hasil pada baju Mama Jane.


Jahitan di tangan baju.


Close up di bahagian dada.


Jahitan manik untuk baju kurung Ayu.  Belum siap sepenuhnya. Untuk Ayu aku pilihkan dia bunga Dahlia.


Jahitan manik pada baju kurung Amoi, aku memilih untuk memilih bunga dahlia dengan dedaun manjalara. 


Close up bahagian dada.


Close up di bahagian tangan.  Mereka memilih kain sekayu dan sedondonlah mereka pada raya tahun ini.  Bagi sesiapa yang ingin memanik pakaian, silalah berhubung dengan ku di facebook huhu .

No comments:

Post a Comment