Friday, February 4, 2011

KEMALANGAN SATRIA NEO


Ini kemalangan malam semalam, malam tahun baru cina la tu.  Tidak pasti apa terjadi dengan driver atau kalau ada penumpang pun nda tau apa cerita. Sebelum ini pernah juga kemalangan maut di tempat yang sama ini, tapi yang ini okay lagi sebab hanya termasuk di longkang .. itu hari sampai masuk halaman rumah yang berpagar biru tu. Harap-harap okay la kan.


 Kawasan perumahan ini namanya Taman Miramar bersebelahan Taman Pulau berdepan dengan Wisma Wong Wo Lo.  Jalan ini sudah diletakkan papan tanda kawasan kemalangan dan setiap tahun meragut nyawa. Paling sadis pada bulan Ramadan bila satu lori yang sarat dengan tentera yang baru balik solat tarawih mati di tempat kejadian kerana tidak dapat mengawal kenderaan itu, so semua tidak dapat diselamatkan.

No comments:

Post a Comment