Ini ada satu kisah di bulan Januari 2011. Bulan bekerja lebih masa (overtime). I like but i know its going to make me so tired. Inilah bil cukai pintu atau secara formalnya di panggil cukai kadaran hahahaha. Setiap bulan Januari kami semua akan diarahkan untuk bekerja lebih masa untuk update bil ini ke dalam buku lejar dan di system PAS (bukan parti politik ha). Kenapa aku tertarik untuk mengisahkan hal ini dalam blog ku, sebab ... ikutilah kisah berikutnya.
Itulah buku lejer dan bil sekali, mesti update dengan cara manual. Letih la sampai pinggang aku rasa macam nak putus kerana duduk saja sambil mengadap pc dan buku dan bil omg!
Inilah Sistem PAS, Property Assessment System gitu. Kadang-kadang sistem ni okay kadang-kadang hampeh jugak! Kin panas. Tengok la gambar yang melekat di pc ku nie.. tu gambar sebelum dan selepas aku sakit tu... hehehehe reminder tu ahhh
Aku memang bersungguh-sungguh untuk membantu menyiapkan kerja ini, lihatlah kotak tempat penyimpanan bil yang sudah ku update pun ku bungkus dengan kertas hadiah supaya aku ada mood mau buat kerja nie... ada org lain buat macam nie?? no no no no no no
Buktinya aku sangat komited, lihat aku bawa balik buku lejer ini kerana mau siapkan dengan cepat, tapi kerja ku jadi terbantut kerana wei wei tido di buku lejer ini... malam itu black out, lama juga tapi aku sabar juga menunggu sampai lampu menyala semula ..
Bukan wei wei saja suka akan buku lejer ini, nina juga suka tengok la dia purak-purak tido ... kenapa bah kucing suka kan kertas??
Hahahaha liat la muka poyo ini.. aku sangat penat ini baru minggu pertama nie, aku sudah rasa macam mau patah pinggang... relax kejap sambil dengar lagu .. nampak kan buku tu bukan nya nipis tebal beb.
Minggu kedua, kami semua bercadang untuk masak stimbot di pejabat semasa overtime, aku okay ja asalkan dapat makan sebab dua tiga hari ini aku teda selera mau makan, obses mau siapkan kerja. Sedap nie ahh...
Mari aku test salmon fish ball nie, jemput makan!!
Lepas makan aku berak, itu memang routine la kan, dan selepas berak aku penat lalu aku ambil masa untuk snap bersama dengan neytiri hehehe .. lepas tu aku kerja balik hehehehe....
Akibat dari hari-hari overtime, aku end up di klinik ini.. overuse my ability la kan. Aku demam sebab tersiruk air maggi, sebab tu aku jadi selsema dan badan aku lemah .. nasib baik overtime sudah habis..
Dan supaya demam itu tidak berpanjangan aku pun berdrift .. eh salah berdrip bitamin ...
Dan macam biasa cucuk la di area nie supaya air tu masuk dalam badan dengan kadar segera Aku kurang minat untuk menelan pil sebab phobia jadi ini sajalah jalan terbaik buat ku.
Oleh kerana aku tidak ada appointment untuk berdrip maka semua bilik sudah penuh, tapi doktor yang baik hati membenarkan aku duduk di bilik rehat pekerjanya, ini tempat lebih selesa la beb, ada tv lagi astro byond heheheh aku leh tengok tv sambil berdrip yehaa
Tengok ada bicycle lagi tu, bilik ni juga menempatkan stor untuk ubat-ubat yang mesti disejuk beku keh keh keh ... melilau mata kan
Ha, di sebelah tu bilik doktor, banyak pesakt dia hari ini, aku leh skodeng sebab pintunya tidak bertutup rapat ekekeke ...
Aku try banyak channel, tapi yang ini tetap menjadi pujaan hati ku, movie P Ramlee, Do Re Mi.
Aku sempat lagi baca paper, pasal blackout malam minggu, rupanya ada pencawang putus satu labuan gelap you...
Sambil tu ambil tahu juga pasal election di Tenang .. BN menang lah gitu..
Ini selepas aku berdrip agak sakit juga tapi kerana mau sihat kan, tapi aku nda sangka yang tangan ku akan lebam, not as usual...
See!!!
Yang ini pun aku heran, datang entah dari mana tau-tau ja lebam lagi.. orang kata ini kerja pelesit, kena cubit hantuuuu