Friday, January 28, 2011

LOVE ONE



Welcome to Labuan.  Kepada sesiapa yang merindui pulau kecil ini, hilangkanlah kerinduan pada gambar-gambar yang ku ambil ini.  Semuanya dari Pantai Pancur Hitam Kampung Pohon Batu.  Nice place to rest.  So ini membuat aku mau melakar kreativiti ku untuk membuat tulisan di atas pasir ini dengan karangan laut. Minta puji eh.  Apa pun enjoy all the pictures i took just for you viewers.

Aku di pantai seorang diri, mencari ketenangan hehe, i love beach, macam juga mama kita kan.  Dulu kita selalu piknik, pernah sampai sewa kereta paci lamit ambuk kan, dont forget that hehe.

Aku ingin sekali memiliki kamera DSLR. Tapi gambar yang ku ambil ini semuanya dari kamera Nokia E5, masih nampak cantik kan like professional. I like this picture hehe.

Setiap foto yang diambil ini sangat bermakna buat aku sebab ia ada maksud tersendiri.   So interprete la ikut sesuka hati.


Ini bukan grand canyon tapi cuma tebing pasir dan saya sangat sukah



Nice place to visit


Air pasang dalam surut pukul ... entah tapi kalau mandi manda best juga mesti ada ramis nie





Branches


Tebing batu ini dibina untuk menghalang dari pantai terhakis, sepanjang pantai di Labuan ada banyak tebing batu ini, bagus juga untuk tempat bersantai




ALONE



Ini keadaan di hujung tebing batu, kalau ombak kuat jangan cuba-cuba duduk di hujung batu nie nanti kene sapu naya beb!


Ganas ombak pada hari itu, tak pecaya ye... cuba la kalau berani



Tempat ini sesuai untuk mencari ketenangan dan ilham kalau ingin berkarya .. aman damai dan bunyi ombak sangat menyentuh perasaan


Dengan keadaan pantai begini aku percaya ada ramis, jom kita cuba cari ....


Aku menunggu sunset sebenarnya dan jam ketika gambar ini diambil adalah pukul 5:50 petang, belum waktunya lagi tapi sudah ada tanda-tanda matahari akan melabuhkan tirainya hehehe chewahhh


SKY blue
nda blue pun



This world is just Awesome


Kan aku da cakap, memang ada ramis, besar-besar lagi tu, tapi sekarang aku tidak boleh makan kerang ini kerana ia menjadi pantang larang bagi ku, apa pun aku sangat suka ramis kerana aku merasa enjoy semasa mencarinya

Sebelum aku pulang, aku sempat snap gambar budak perempuan remaja ini sedang bersuka ria, teringat masa aku seusia mereka nie, masa tu aku tidak banyak kawan yang boleh enjoy sambil main-main handphone, mana ada handphone, public phone ada la... seronok jika dapat kembali ke zaman itu ... i hope you enjoy this panorama .. hilangkah kerinduan?


Setakat ini saja dulu gambar dari pantai, akan ada lagi banyak gambar untuk di pamerkan di blog kita ini.  Ini jalan pulang dan harap jalan pulang kita juga akan selurus dan seindah ini.

2 comments: