Sunday, January 16, 2011

PLANTS FOR MOM


Salam buat semua, masih ingatkah apa kegemaran mama, nenek? Dia suka tanam bunga kan. So now let me presents you the favourite flowers and my collection to dedicate and commemorate our beloved mother/grandmother and father/grandfather .... Raimah and Japar.  Mereka berdua ini sebenarnya berbakat cuma rezeki tidak banyak menyebelahi mereka.  Tangan mereka ini sangat mengagumkan dan kita sepatutnya berbangga dari dulu cuma kita tidak dapat merasakan.  These flowers represents their love and their strength to survive in life and we should take this strength for our survival too... ermm merepek tapi benar kan. Now scroll down to see the love of our loving mom and dad.
 Bunga Raya, comes in many species with lots of colours.  Not only mama likes it but babu also. I remember helping babu plucking the bunga raya at the botanical garden, sama la macam mencuri kan, then i took the brances to her house in Lumadan and it grows well but sadly the skunk dig it out and mati already hahahaha.



You all must know that our beloved mama love this flower so much.  She was once planted this flower in front of our house but then someone 'tebas tebas' this flower and it vanised forever, that make her sad so much.  Not even mama love this flower, Tun Mahathir also what!! All i can say that this flower is EXOTIC!!!


I like this one, because its white.  Spider flower.






Kurang pasti apakah nama bunga ini, tapi ia pernah di lihat di tanah perkuburan.  Cantik sebab ia putih.



 Bunga Cempaka with various colours



Ah ha ini bunga sangat sukar di temui sekarang. Kalau dulu semasa tinggal di Kg. Gersik, kita akan selalu jumpa bunga ini dan ia seperti suatu kemestian di tanam di setiap rumah dan dulunya orang kampung akan letakkan cengkerang telur di hujung bunga ini dan ia kelihatan unik dan menarik.  Bunga ini aku temui di taman botanikal, the one and only there.


Ini merupakan satu-satunya bunga yang masih kekal ada di halaman rumah kita Semenjak mama tiada bunga sudah semakin berkurangan di rumah, semua sudah mati dan tinggal ini saja.  Kenangan Terindah




Bunga Kertas / Bourgenvilla.  Ini juga peninggalan mama dan sekarang ia hanya tinggal satu dan tidak terurus.  Dulunya bunga-bunga ini mekar ketika cuaca panas dan rumah kita akan berseri-seri.  Sekarang tiada lagi tapi mama sentiasa dalam kenangan.



Setiap kali aku melihat bunga ini aku rasa mau ketawa, kenapa? lihat la bunga ini macam bodoh saja, macam mau tak mau saja menjadi bunga, setelah ku siasat, rupanya bunga ini memang beginila fizikalnya, namanya ekor anjing keh keh keh.



Ingat lagi dengan pokok mangga di tepi buaian di halaman rumah? Pokoknya di tanam oleh mama dan inilah buahnya, sekarang pokok mangga ini kurang berbuah kerana di serang fungus huhu. 



Musim bunga pernah berlaku di Labuan dan ia sangat meriah kerana setiap pokok di sepanjang jalan akan berbunga dengan banyak. Tengok lah dua gambar di atas, menjadikan jalan di Labuan menarik dan cantik.  Harap kamu semua suka dengan bunga-bunga, menanam pokok bunga adalah terapi bila stess tapi aku memang tiada bakat, di rumah ini kangkung saja yang tumbuh meriah itu pun dekat tangki septik keh keh keh!

No comments:

Post a Comment