Salam lagi .. ini cerita seminggu semasa aku cuti. Hari Khamis lalu aku, leha dan ann ke pasar mencari bahan untuk majlis tahlil dan kenduri kesyukuran malam tok! Ini pasar Labuan, ada jual makanan laut yang dikeringkan, bro Nazri memang suka ikan kering (ikan masin) dan aku berhajat akan belikan dia ikan-ikan kering yang disukainya. Jom liat apa lagi yang ada ..
UDANG KERING
LAUK MASIN PELBAGAI JENIS - mungkin nda tedapat di jemenanjung ekekeke
Amplang buatan Labuan (kali lah aku pun nda pasti)
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul - Ini si Leman atau nama sebenar Johari @ Sulaiman bin Abdul Rahman. Kisah insan ini memang menyedihkan dan hari Jumaat itu Leman datang ke rumah, ja nya firasatnya babu Nasrah ada di sini, tapi tiba-tiba ia cakap ia rindu kan melawat kami. Melihat si Leman ini cukup meruntun hati kerana keadaan dirinya yang sangatlah daif. Dia sepupu kami tapi dia pernah dipelihara babu Nasrah dan akhirnya beginilah keadaan si Leman. Kasihan
Dia bercakap pun nda tatas, air liurnya sentiasa meleleh, katanya jangan bagitahu beliaunya atau adik beradiknya yang ia datang ke rumah kami kerana dorang nda suka. Kasihan. Aku nda kesah pulang ia kan datang, tapi aku tau pasti dia ke sini kerana mau jumpa babu Nasrah dan minta duit. Ingatkan dia sudah lupa jalan ke rumah kami, rupanya akalnya masih ada yang masih berfungsi. Akhirnya dia makan pisang yang ampai-ampai di atas meja tu dan kami bagi dia minum air anggur .. kemudian dia minta aku masakkan dia maggi indomie dua bungkus, katanya dia lapar, kasihan kan .. sadih ku melihat si Leman, nda ku sangka keadaannya akan jadi seteruk ani, mudah-mudan saja tuhan menjaga kedia .. aku suruh ia pulang cepat sebab hari tu hari Jumaat, aku cakap kena pegi sembahyang Jumaat nanti tuhan marah, kelam kabut ia balik tapi sempat jua ia minta duit sama aku, kasihan, sedih tapi itulah kehidupan setiap manusia, ada-ada saja kan .. insaf kah aku melihat keadaan si Leman nie?? sendiri mau jawablah
Ini replika kereta Perodua Myvi, Joy yang hadiahkan untuk aku, walaupun birthday ku lama lagi, aku anggap ini hadiah hari jadi ku lah. Aku memang pernah mau beli ini replika tapi aku rasa nda perlu sangat tapi dapat jua. Susah-susah saja ia membeli, maybe dia mau mengucapkan terima kasih, aku jawablah sama-sama ... aku harap suatu hari si Joy akan dapat menyara kehidupannya dan menjaga diri kalau aku sudah tiada lagi.
Oh yeah, Leha minta aku temankan dia ke Labuan Bowling Centre malam minggu tok! Dia mau jumpa kawan-kawannya sebelum balik ke Taiping. Gambar ini aku copy dari FB, sebab tu blur semacam atau jua camera yang dorang guna nie kureng baek la. Apapun ku harap si Leha happy dan enjoy percutiannya di Labuan.
Ini antara gambar-gambar yang ku snap semasa di Bowling Centre. Have Fun Leha!!
Selepas balik dari main bowling, mereka ini bersiap untuk pergi Karaoke. Tengoklah nie, punya men vogue, hantam sajalah kan yang penting Happy ...
Sheila pun tak kurang hebat .. hehe
Simple but okay la .. hehe tiada lagi tempat yang sesuai melainkan dapur sebagai latarbelakang hahahaha .. boleh la jua kan, layan zasss
Leha telah berusaha sedaya upaya untuk memperbetulkan fesyen rambutnya, dia sempat mewarna rambut lagi semasa di sini, layer semula dan menambah gelungan rambut di Cherry Saloon. Inilah hasilnya.
Side Elevation
Pandangan dari belakang .. aku sukah .. lawah hehehe
Tukar topik sekajap. Semenjak dua menjak, Nina sudah kurus sebab ia nda mo makan, entah la kenapa, Nina sudah nda mau makan whiskas dalam paket, tapi kalau aku bagi ia ayam KFC adeh laju bah melahap. Susah la macam nie, Nina sudah pandai Demand sekarang.
Lepas makan saja Nina akan tido, jarang ia mau keluar bilik kecuali poop. Aku sangat sayang Nina, kadang-kadang Nina buat aku menangis bila ia menulak makanan yang ku bagi. Aku harap Nina akan panjang umur dan sihat. Comel ...
Nina suka lepak di laptop ku, mana-mana sajalah Nina asalkan kau happy
Nina sedang berehat bersama baby nya Lee Chong Wei hehehe Weiwei ..
Weiwei ngan Tuck .. itu anak patung penyu yang aku beli di Pekan Nabalu. Suatu malam weiwei telah melaku kan satu kesilapan yang hampir melucutkan hak eksklusifnya. Dia kemih atas tilam, habis selimut dan bantal ku di kemihnya, aku jadi hot dan humbankan ia keluar bilik dan buat aku stress teramat.
Inilah keistimewaan weiwei, lidahnya selalu terjelir dan ya selalu terjelir macam nie, entah kenapa mungkin terlalu panjang .. haha
Berasak-asak together gether.. kasian kan tapi mereka ini terpaksa tidur di atas alas kaki, di dapur, not like Nina, selalu tidur di atas katil bersama aku dan selimut spongebob ku ermm
Setiap kali aku ke bandar, aku akan jumpa kucing jalanan, mungkin mereka ini dibuang tuannya.. kucing ini ku jumpa di pasar, kelemahan ku, aku akan merasa kasihan tidak terhingga membuat aku rasa mau bawa balik saja kucing ni, tapi erm sudah-sudah la, biar tuhan saja menentukan nasib kucing-kucing jalanan ni
Siam, itulah nama kucing ini, sangat low profile dan manja. Hari tu ia tido di bawah sinki. kotak nie di simpan tujuannya supaya kucing-kucing nda poop di situ, tapi boleh jadi tempat tido la kan
Kan nda pecaya, di bawah sinki dan di mana-mana sajalah
Hari minggu kami menjamu selera makan tengahari dengan sayur kacang buncis masak sambal belacan, yang ini Leha yang masak.
Ikan Belais goreng
Ikan masin kerupuk
dan ..chicken wing .. so itulah sorotan seminggu di rumah .. hope you all like it .. happy weekend and have fun
No comments:
Post a Comment