Assalamualaikum. Sehari sebelum Leha balik kami jalan-jalan. Aku pun sasak di rumah, Sheila pun mau keluar jumpa kawan-kawan. Kami berjalan-jalan di Ujana Kewangan, jumpa kazen dan cuci mata. Kami singgah di Kedai Emas Shun Yick, kalau kami ni meliana bleh la angkut seutas dua kan, tapi erm napalah lain kali saja
Harga emas sudah naik, RM161 satu gram. Makin lama semakin mahal. Aku suka emas tapi tidak pula teringin untuk memilikinya. Cantik dan menarik.
Semasa kami di Ujana Kewangan, kami terserempak Norane dan anak-anak ..kami kurang berjumpa dengan anak-anak buah kami yang dua orang ni, rindu juga, mereka dah besar dan comel ..
IRA
AIDA
Petang itu, Leha sudah berjanji mau jumpa kawan lama, Stanis Boli hehe. Kami lepak di Blue Wave. Sambil menunggu si om ni, kami minum dan makan.
Sambil menunggu makanan, kami dihidangkan kacang dan jeruk kepayas, boleh la kan
Nah itulah, Stanis Boli, om dari Indon, sekarang dia sudah rajin pegi Church dan suka collect botol hehe
Kami berbual-bual sampai petang, banyak yang kami bualkan termasuklah cerita gemulah Mawing.
19 April 2011. Hari ini Leha dan Sheila balik ke Taiping, kami lepak di McD breakfast, Leha nda mau makan sebab ia takut terkirit hehe, kesian
Inilah antara gambar yang aku snap sebelum check in. Aku sebak sebenarnya tapi aku tahan saja, aku sangat rindukan kenangan kami bercuti, next time kami akan bercuti lagi tapi kali mesti ada bro Nazri
Huhuhu ... mo check in suda
Di sini sampat lagi jumpa kawannya si Nordin, kawannya ini lah yang hantar dia sampai ke boarding sebab Leha bawa dua botol kicap dan rokok hand carry .. takut jua tu kana tahan kastam. Bek jua ada member.. hehehe
Lepas check in kami kaluar sekajap ambil angin
Kami and I WILL BE MISSING YOU
Akhirnya mereka masuk ke balai berlepas, oh tuhan sungguh aku rasa sedih atas perpisahan sementara ini, semoga Leha dan Sheila sampai dengan selamat ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang aku menitiskan air mata kerinduan buat keluarga ku semua, harap kita bersatu lagi di suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment