Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Buat tatapan seluruh ahli keluarga tersayang. Mohon maaf kerana terlambat mengemaskini blog ini kerana proses mengumpul bahan yang mengambil masa. Sebagai memperingati Hari Ibu, saya dengan segala hormatnya menitipkan bingkisan ini buat semua sebagai kenangan terhadap Bonda tercinta Allahyarhamah Raimah binti Ahmad Nawi @ Eloi Bantial. Ikutilah perjalanan hidup mama (nenek) yang penuh suka dan duka.
Mama (nenek) di lahirkan pada tahun 1943 (maaf haribulan tidak ingat) di Kampung Kebu, Ranau, Sabah. Kemudian dia berhijrah ke Kota Kinabalu akibat kesempitan hidup pada ketika itu semasa usianya 16 tahun. Dia bersama beberapa orang rakan di kampung nekad meninggalkan kampung dengan berjalan kaki sehingga tiba di Pekan Tuaran. Bayangkan berjalan kaki berkilo-kilo meter, kalau sekarang sanggupkah kita? Jalanraya pada masa itu pun entah macam manalah keadaannya. Setiba di pekan Tuaran mama bekerja dengan tauke cina di restoran. Ketika itu abang mama, Andang ada menjaga-jagai mama. Member yang lain ada yang berpatah balik ke kampung, mungkin tidak tahan dengan 'environment' yang berlainan dari di kampung. Mama teruja dapat meninggalkan kampung kerana merasa hidupnya di kampung bersama 'mama petuannya' sangat menyeksakan.
Mama tidak bertahan lama bekerja di restoran kerana tauke cina itu sangat jahat katanya, lalu dia meneruskan penghijrahannya ke Kota Kinabalu. Kurang pasti cerita ini yang sebenar, tetapi di Kota Kinabalu mama telah bertemu Japar Ismail (bapa) dan mereka jatuh cinta hehe. Itu di pendekkan ceritalah, rasanya kebanyakkan dari kita sudah tahu kisah hidup mama. Apa pun seperti yang kita semua sudah maklum, kehidupan mama selepas bergelar isteri bukanlah semudah dan seindah yang dia sangka. Kita juga bersama-sama dia mengharungi saat-saat getir dan saat-saat bahagia.
Gambar ini sudah agak usang, gambar ini diambil pada tahun 1984 semasa aku dalam darjah lima, seingat aku, aku sudah pandai menyucuk satay ini semasa aku dalam darjah dua lagi. Setiap hari kita bersama mama membuat pekerjaan ini. Dari proses membuat lidinya, memotong ayam dan daging (mimun & salmah) menyucuk satay ini bersama, aku merebus kulit ayam, dan akhirnya bila sudah siap, aku akan mengira satay ini dengan seratus cucuk dibayar RM1, kemudian di tulis di atas kertas jumlah satay dan tunggu sehingga Pakcik Musa datang mengambil. Berapa sangatlah yang di perolehi dalam satu hari. Dengan duit itu juga mama akan suruh aku ke kantin untuk membeli tausa bun, sambil makan tausa bun sambil mendengar lagu 'apa kono eh jang' hehehe mama oh mama. Part yang paling aku suka bila tulang ayam, mama masak kicap. Pada masa tu, bagi ku, itulah lauk paling sedap yang pernah aku rasa.
Mama memang berbakat. Dia suka bercucuk tanam, dia pandai buat kuih. Sambil menyucuk satay, mama akan bangun awal pagi untuk membuat kuih. Kalau dulu semasa kita tinggal di Kg. Gersik, bukan kuih saja yang kita jual kan, ikan yang sudah siap 'dibuati', ketam yang siap direbus pun ada. Maka berjalanlah mimun, leha dan salmah menjual semua itu. Masa tu aku masih kecil lagi, aku membontot saja. Tapi semasa di rumah murah ni, aku jual kuih juga, tapi tiada ikan dan ketam, itu ditukar dengan sayur. Kadang-kadang kalau aku sekolah petang, sebelum ke sekolah aku akan ke kawasan perumahan sebelah jalan untuk mengambil sayur kangkung, buat hidangan bersama ayam masak kicap tadi hehe. Aku sangat enjoy 'memutik' kangkung kerana warnanya sangatlah hijau. Dan apabila ia di masak dengan belacan ia sangatlah sedap. Hai macam-macam aktiviti kita seakan tidak berhenti.
Pernah juga kan mama kerja dengan paci Sinto, wak jawa yang jual soto di kedai kopi Chantucky. Restoran tu masih wujud sampai sekarang dan masih lagi anak cucu paci Sinto yang mengusahakannya. Yang membuat aku mau menceritakan kisah ini kerana aku terkenang kesabaran mama semasa kerja di sana. Dia dilayan buruk oleh anak-anak wak jawa tu, mama hanya sebagai pencuci piring mangkuk. Tapi berkat kesabarannya pernah mama pulang dengan membawa radio player hasil gajinya. Semasa dia pulang dia sangat gembira, dari jauh dia 'menganjung' radio player itu dan kita semua melompat gembira di atas tangga. Dengan radio player tu kita dapat mendengar lagu Syarifah Aini terutama lagu Terbang Helang, sampaikan aku kurang pasti siapa la yang melekat poster gambar 'acang putih' di dinding dapur hehe. Kalau kamu masih ingat lagi, mama juga pernah pulang bersama satu tin milo penuh, sisa-sisa soto yang tidak habis. Itulah pertama kali aku makan soto, punya men sedap, punya men happy makan soto ramai-ramai. Masa tu aku langsung tidak merasa kesusahan hidup kerana aku masih kanak-kanak, tapi setiap kali Hari Raya aku akan pasti dapat baju baru. Kalau bukan baru pun, bekas baju kakak-kakak yang raya lepas aku pakai, pun baru la bagi aku.
Sebenarnya mama seorang yang periang, namun kehidupannya tidak seriang mana, tapi itu bukan penghalang untuk mama ketawa, tengoklah happy ja kan dia, dia sedang buat kuih karipap tu untuk dijual esok. Kuih karipap mama memang sedap dan aku suka pau goreng mama. Pernah juga aku dan mama membuat eksperimen untuk membuat kuih lenggang, banyak kali punya try, barulah menjadi .. mana kan inda lupa campur telur daaa hahaha. Aku rindu pulut panggang mama, aku rindu ayam masak kicap mama. I miss you mama!!
Bila mama sudah meningkat umur, penyakit tiga serangkai pun mulai mampir. Ditambah dengan stress bertahun-tahun yang mama hidapi. Kesian mama, ketika kita sudah masing-masing ada kerja, ada keluarga, mama mulai terabai. Tiada siapa yang dapat menyelami kesunyian di hati mama. Tiada siapa yang sudi mengisikan kekosongan hati mama. Tiada siapa yang mendengar luahan hati mama. Aduh ... tapi mama terus bertahan.
Kita sebenarnya tidak pernah jauh dari mama, kita semua sentiasa berada di hati mama. Secara zahirnya kita sentiasa berlegar-legar di samping mama, namun kita kurang mempamerkan kasih sayang pada mama. Mungkin mama kelihatan materialistik ketika akhir usianya, tapi itu adalah keperluan. Mama tidak pernah hidup mewah. Namun yang paling diinginkan mama ialah kasih sayang. Malang sekali, kita tidak mampu tapi kita bukan tidak mencuba dan pernah juga kita dapat memenuhi permintaan mama walaupun tidak semua. Kita masing-masing punya komitmen.
Kita semua tahu kehidupan mama sukar kerana dia tidak sebulu dengan bapa dan makin ketara pada tahun 1990. Semenjak itu mereka tidak sunyi dari bertengkar. Mama kita memang seorang pejuang hidup. Setuju? Aku orang pertama menjawab, SETUJU. Kalau aku yang mengalami kehidupan seperti yang mama lalui, sudah lama aku meninggal. Tapi mama, tetap utuh. Dia pernah menangis, pernah kecewa, pernah berkecil hati dan yang paling ketara sejak akhir usianya, dia putus asa.
Mama suka 'jalan-jalan'. Bawalah dia ke mana saja, dia tidak akan menolak, lebih-lebih lagi kalau dia sihat. Itulah yang diinginkan mama ketika akhir usianya. Dia mau bersuka ria, tapi kita selalu tiada masa, ada masalah kewangan dan macam-macam alasan. Lihatlah gambar-gambar mama ini, dia memang suka makan angin dan dia spoting kalau bergambar. Buleh ba kalau kau!
Kalau mau di cerita kan tentang mama nie, terlampau banyak kenangan. Sambil aku menaip nie, aku sebak ada juga tekeluar air mata ku sedikit, eh bukan sedikit lagi nie. Apa pun, kita semua anak mama, cucu-cucu mama dan darah mama mengalir diseluruh tubuh kita semua, oleh itu, perlulah aku peringatkan, bahawa mama atau nenek kita ini adalah insan penuh depresi, maka genetik itu sudah sebati dalam hidup kita, maka ambil iktibarlah dari kehidupan mama kita, supaya kita tidak mengikut jejak itu. Walaupun kita sedar kita sekarang semua dalam depresi.
Hidupnya selalu di curigai, diburuk sangka setiap waktu, malangkan. Sehingga aku ini pun dikata hasil anak orang lain, wohhhh!!! Coz im dark! haha .. whatever. Aku tahu aku anak siapa, don't worry lah, kamu semua tahukan itu satu fitnah semata-mata. Yang pasti mama kecewa dengan tuduhan itu. Siapa pun akan kecewa bah. Tapi itulah, mama tetap bertahan dalam kesakitan yang menyeksakan.
Mama sering juga keluar masuk hospital kerana tekanan darahnya yang tidak stabil, kerana tahap diabetesnya yang tinggi, dan aku juga sering menjadi jururawat mama di hospital. Tiap kali mama sembuh dan boleh keluar hospital aku akan rasa lega sangat, sebab aku tidak perlu lagi ulang alik ke hospital. Sekarang aku rasa bersalah kerana merasa lega, kenapa?? lega yang aku rasa itu bukanlah lega kerana mama sembuh, lega kerana aku penat menjaga mama. Tapi bila aku fikir balik, mama tidak pernah penat menjaga aku dari kecil sampai aku besar. Berdosanya aku. Mama pernah berpesan, suatu hari kalau aku ada anak, aku akan merasa apa yang dia rasa. Mungkin kerana aku takut merasa apa yang dia rasa, sehingga kini aku masih tidak ada anak, namun aku tetap dapat rasa apa yang dia rasa... oh tuhan!
Mama juga suka dengan kucing, dia pernah bela kucing. Ayam pun mama pernah piara. Dia seorang penyayang sebenarnya. Kita pernah marah mama sebab mama sangat penyibuk dengan urusan hidup kita seharian, tapi itulah petanda dia sayang kita kan, dia ambil berat, dia sayang kita semua. Aku masih ingat masa aku sakit kuat, petang semasa aku pengsan di tandas, aku 'dilusirkan' ke hospital, sepanjang perjalanan itu, mama memeluk kau kuat-kuat sambil membelai rambut dan mencium dahi ku. Aku memang merasa kesakitan yang amat pada seluruh bahagian abdomen ku, tapi kalau ketika itu aku mati pun aku puas hati sebab mati dipelukan mama. Umurku panjang lagi, bila keadaan aku stabil, aku keluar hospital malam itu juga. Lewat malamnya aku tidur bersama mama, masa itulah aku rasa apa dia kasih sayang ibu .. mama menangis kerana takut aku mati .. dan aku mendengar mama berkata "aku sayang semua anak-anak ku, aku inda mahu kamu sakit, aku pun susah hati" ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh Mama.
Bila dikenang semasa aku sakit tu, ada juga lucunya. Manakan inda, masa aku pengsan tu, semua orang panik. Semasa aku balik dari hospital, semua orang baru sedar, mama tidak pakai selipar, leha dengan singlet dan short pants nya, semua serba serabai .... adesss! Aku hargai mereka yang membantu aku semasa aku sakit teruk hari tu... tanpa kamu semua terutama mama, aku mungkin tidak survive hari ini.
Pernahkah kita terfikir balik akan perbuatan kurang sopan kita terhadap mama selama hayatnya?? Aku selalu. Timbul rasa penyesalan yang tiada kesudahan. Kita juga selalu menyalahkan mama kerana sikap panas barannya, tapi kita harus ingat, apa sebab mama jadi begitu? Keadaan sekeliling dan orang-orang yang berada sepanjang hidup mama yang membuat dia bersikap sangat baran. Tapi dia tetap mama kita, walau marah mana sekalipun dia, bila kita susah, dia juga yang menghulur tangan kan... betulkan apa aku cakap nie. Look back .. semasa kita ada masalah, pada mama juga kita meluahkan, mama tolong kan .. ???
Tahukah kamu apa minuman kegemaran mama?? Yeahh KOPI O! Selalunya kopi o itu akan di simpan di freezer sebelum di minum, sampai beku barulah mama puas hati, ala-ala aiskrimlah gitu. Kawan minum kopi ais mama?? Siapa lagi kalau bukan boboy. Aku pernah merasa kopi o yang dibuat mama, oh .. memang manis, itu sebab la mama ada kencing manis .. tapi kopi kalau nda manis, mana sedap kan..
Setiap kali raya, mama akan membuat kek sarang semut. Well, yang ini mama memang pakar. Raya cina pun mama buat kek sarang semut, sebab cina suka makan kek tu. Dulu kalau raya, mama akan buat biskut, no beli-beli, semua mama buat. Setakat nie, yang mengambil waris jari mama tu dalam hal masak memasak hanya salmah saja, yang lain ikut mood bila datang rajin sekali-sekala masak la kan huhu (aku la tu). Ahh .. bukan masak saja, mama pun pandai jahit baju, dulu aku pernah ada satu baju bebek ekekeke.... polka dot warna warni, mama la jahitkan dan aku selalu kena puji bila pakai baju tu, bukan aku ... baju tu kena puji kah kah kah ..
Ma, kami akan sentiasa mengingati mu ma .. kami akan jadi setabah, sesabar dan sekuat hati mama .. scroll terus ke bawah dan ...
dan ingatlah wahai abang, kakak-kakak ku, adik-adik ku serta anak-anak buah ku, suatu hari kita akan bersama mama / nenek juga akhirnya. Syurga di bawah tapak kaki ibu, sejahat-jahat insan bergelar ibu, dia tetap ibu yang pernah menjaga kita dengan dengan penuh kasih sayang semenjak dari perutnya hingga kita lahir ke dunia. Mungkin kita tidak pernah menzahirkan rasa kasih pada mama kita, tapi tidak terlewat jika kita zahirkan kasih sayang itu pada anak-anak agar suatu hari ketika kita sedang nazak, anak-anak akan berada di samping ketika roh akan berhijrah ke dunia lain. Walaupun mama sudah tiada, yakinlah bahawa dia akan sentiasa menyayangi kita dan bermohonlah agar mama mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita pada dia semasa hayatnya. Kita semua sedang diuji mungkin juga dihukum kerana mengabaikan mama ..
Mama ... semoga roh mu tenang bersama Nya. Tuhan, ampunkanlah dosa-dosa mama kami, tempatkanlah mama kami bersama orang-orang yang beriman. Mama .. ampunkanlah dosa-dosa kami juga .. jika mama tahu apa yang berlaku di kalangan anak-anak mama sekarang... mama tentu akan bersusah hati ... maafkanlah kami mama kerana kami tak mampu membahagiakan mu .... ampunkan lah kesilapan kami semua ...
Selamat Hari Ibu buat Allahyarhamah Raimah binti Ahmad Nawi @ Eloi Bantial
Mama selalu di rindui dan dikenang ... AL-FATIHAH