Pada 16 Julai 2011, Perbadanan Labuan telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan. Petang itu aku datang ke convention hall ini untuk membantu sara menyediakan hadiah. Sambil itu aku aku snap la dua tiga keping gambar by handphone ku. Ini adalah dipanggil Red Carpet. Apa purposenya?? lihatlah di seterusnya. Tema warna pakaian untuk malam tu ialah putih dan biru .. liatlah cemana staff PL berkreativiti haha
Pentas utama tempat persembahan dan meja vip.
Meja tetamu, untuk staff yang hadir
Hadiah untuk cabutan nama bertuah. Tapi malam itu aku memang tidak bertuah, tiada satu pun hadiah yang bertimbun-timbun ini rezeki ku, no no no!
Walaupun aku dan sara tidak bertuah-tuah jua, kami dapat jua merasa kotak-kotak dan basikal itu hehehe. Sampat lagi bah!
Ini di luar perkarangan dewan konvensyen, tapi ini di tingkat dua, cantik taman nie tapi 'langai'.
Dan malam itu dimulakan dengan persembahan kebudayaan dari pelajar Sekolah Menengah Pantai. So penari kebudayaan PL boleh relax la ini malam.
Tengok, apa guna tempat ini? Apalagi kalau bukan tempat untuk pose. Ini dua orang koboi kehilangan kuda, aku puas hati dapat gambar sama mama koboi nie, tapi kenapa satu tu pakai snicker ah?? ooo rupanya dia akan buat persembahan lepas nie .. hehe
Fiza, Lala, aku dan Sara .. aksi rock la kunun.
Ini kes boring nie, kami keluar dari dewan sebab persembahan Lotter sangat membosankan
Seperti kebiasaannya .. ada pertandingan untuk pakaian paling vogue malam itu, dan inilah 5 finalist wanita. Pilihlah mana satu yang kamu rasa OKAY hehehe ..
Yang ini finalist lelaki dan kesemuanya donut! So malam itu aku balik dengan tangan kosong, walau bagaimanapun aku sudah memberi sumbangan kepada PL kerana hadir ke majlis itu tanda penghormatan atas aktiviti yang dianjurkan. Jadi macam tu sajalah dinner, tiada yang istimewa sangat tapi okay jaa.
No comments:
Post a Comment