Thursday, July 28, 2011

MAKAN MALAM JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA, PERBADANAN LABUAN


Pada 22 Julai 2011 Jabatan kami mengadakan Makan Malam di Tiara Resort.  Makan malam ini sebagai menebus kedukaan hati kami yang kebanyakkannya tidak bertuah semasa Makan Malam PL yang lalu.  Selain itu disekalikan dengan majlis sambutan Hari Jadi.  Kebetulan sudah dua bulan kami tidak mengadakan majlis sambutan harijadi, maka malam itulah dibuat bersekali, dan aku bertuah juga kerana sambutan harijadi ku dibuat semasa makan malam ini.  Tiada tema warna, belasah saja.  


Banyak hadiah di belakang ku tu.. tapi itu bukan hadiah untuk aku, ia hadiah untuk nama bertuah.  Selain wang peruntukkan dari kelab, hadiah-hadiah itu juga disumbangkan dari pejabat lawyer yang selalu berurusan di pejabat.  Thank you very much!


Nah nah... kenal-kenallah yang inilah boss baru ku .. namanya Mr. Daniel Lee Sip Khong.. first time aku dapat boss cina nie .. dan disebelahnya itulah isterinya yang tersayang Mrs. Christine Munge.  


Hadiah cabutan nombor bertuah pusingan pertama aku mendapat tuala warna ijau ekekeke .. syukur alhamdulillah.


Kemudian majlis memotong kek harijadi .. eh eh tak disangka-sangka .. rupanya boss ku nie lahir pada bulan Jun .. jadi aku tepaksa la kongsi kek nie, adess sepatutnya aku potong kek nie bersama Kak Azizah .. tapi Kak Azizah tidak hadir laaaa.  Potong sajala itu kek kan.. So ini tahun aku sambut harijadi yang ke 38 tahun dan boss ku pula yang ke 55 tahun .. wow!!  Cepat-cepat la kau pencen bossss... hahahaha


Inilah hadiah harijadi ku.  Frame! Terima kasih buat kawan-kawan yang bersusah payah menyediakan hadiah buat aku. 


Pusingan kedua cabutan nama bertuah aku memperolehi Mangkuk Tingkat sumbangan dari Jeselton Aircon.  


Hek elehhh... kenapa di close up!


Sushi dan Dim Sum


Ha ha ha .. akhirnya aku menapau makanan .. dapatlah ku sate, daging kambing, udang dan kek.  Share dengan orang dirumah ba ...  Jamuan habis jam 9.30 malam.. terima kasih kawan-kawan kerana mengadakan majlis seperti ini.

1 comment: