Thursday, February 9, 2012

IKLAN : ALOOO BIKIN BURGER KA?


Assalamualaikum pembaca blog. Kali ini aku akan memaparkan cara-cara penyediaan Doon's Burger untuk dihantar ke Feri Kenderaan bagi santapan pagi penumpang di sana.  Gambar ku ini disnap semasa di ofis, hehe memang tiada kena mengena dengan pembuatan burger tapi ia hanyalah sekadar gambar hiasan keh keh keh..... scroll down please 


Pembikin burger ini adalah Angelika Albano iaitu orang gaji rasmi ku dan tak rasmi untuk abang ku.  Untuk menjaga kualliti rasa daging Doon's Burger, hanya daging burger buatan Ramly digunakan.  


Pembikinan burger ini dibuat seawal pagi, subuh.  Ketika bilal masih dibuai mimpi.  Daging burger akan dimasak di atas plet leper dengan dapur khas.  Daging hendaklah dimasak bersama seasoning sauce dan black pepper powder. Aku cukup suka dengan bau daging ketika ini ...  perghhh!!   


Sesambil itu, roti bun disediakan.  Kali ini tempahan banyak kerana cuti sekolah dan juga perayaan krismas, sebab masa itulah ramai orang akan gunakan perkhidmatan feri ke tanah seberang.  So ini baru satu meja, actually dua meja tu!


Roti bun ini dibelah dua, so yang atas di angkat dan letakkan di tepi sementara yang di bawah ini akan di isi dengan sayur dan daging.


Taruh timun dahulu, sebelum ini ada tomato tetapi ia cepat membusuk dan tidak tahan lama, so tomato tidak disimpankan pun nya hehe 


Lepas taruh timun, taruh salad pula ... yummy


and then mayonnaise


sos cili


Lepas tu daging burger dan sos cili lagi hehe


Kemudian simpan mayonnaise lagi dan ditangkuplah balik roti bun ini


So roti bun berisi daging leper tadi akan dibungkus menjadilah dia burger dan siap untuk dihantar ke feri.  Tamatlah iklan ini hehe ... 

No comments:

Post a Comment