Sunday, February 12, 2012

SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012 DI LABUAN


Selamat Menyambut Hari Wilayah 2012.  Kali ini aku mempersembahkan sambutan Hari Wilayah peringkat W.P Labuan yang telah diadakan pada 11 dan 12 Februari 2012 di Dataran Labuan.  Macam-macam aktiviti disediakan oleh penganjur.  Antaranya ialah, pertandingan Lawn Bowl, Tarik Tali, Sukan Rakyat, tarian Singa, konsert artis jemputan (Nasir Wahab, Ifa Raziah dan kumpulan OSBON) pertunjukan kereta dan motorsikal.  Dan yang paling menarik perhatian ialah persembahan bunga api.  Malangnya aku tak pegi tengok sebab persembahan bunga api pada malam isnin, aku nak rehat laaa.  So pada hari Sabtu, aku dan kawan-kawan mengambil kesempatan untuk mengunjuni gerai-gerai yang menjual berbagai-bagai barang keperluan dan hiburan.  Kebetulan di sini, Sabtu dan Ahad ada Tamu, so bergabunglah itu gerai-gerai.


Ini adalah gerai-gerai di Tamu di Labuan Walk.


Di tamu ada menyual berbagai keperluan harian.


Yang ini pun menarik, bunga dan bibit pokok buah.


This one is my favourite, Orchid!!  Aku teda pasti apa nama orkid ni, tapi bagi ku semua orkid pun cantik.


Ini kawan ku si Lala dan Mama Jane, beli brooch, satu tiga ringgit, dua lima ringgit hehe .. beli beli beli


Inilah motorsikal skuter yang ikut perarakan pagi dan sekarang ia tersadai untuk ditonton.


Kemudian kami beralih ke Dataran Labuan


Nah inilah Dataran Labuan yang bersedia menanti kedatangan warga Labuan yang dahagakan hiburan sekeluarga.


Di hujung Dataran Labuan inilah letaknya gerai-gerai jualan yang menjadi tarikan utama.


Sambil memcuci mata sambil bergambar, itu sajalah yang mampu dibuat kerana ini 'bulan tua' haha


Kalau ada duit semua boleh beli, kalau sudah 'kapih' tengok-tengok sajalah.


Dan yang ini mahu tidak mahu memang menggoda jiwa dan raga ... emas Korea yehaa


Kalau aku ada anak, tentu anak ku suka akan patung plastik ini .. hihi


Pada pagi Sabtu masih banyak lagi dulang hidangan ini, tapi menjelang malam, tinggal sedikit dan hari Ahadnya si penjual sudah boleh berkemas kerana sudah habis dijual wow


Cute and Sweet! Gulali


Haha, ini bikin 'masap' saja, buleh-buleh CJ7 ni menari, cali peliatan ku ekekeke


Pada waktu malamnya aku datang lagi, tujuannya ialah untuk melihat pertandingan tarian singa.  Ramai orang sudah mula penuhi dataran ini. Jom lihat tarian singa


Pentas utama nanti akan ada konsert, jap lah kita liat tarian singa dulu ahh


Grandstand tempat duduk sudah penuh, lebih baik berdiri dekat dengan pentas


Penari singa sedang rehearsal.


Pengadil berbaju hitam ini sudah bersedia 


Persembahan pun bermula, ini pertandingan okay, sebab itu ada pengadil.  Ini kumpulan ke 4 membuat persembahan.  


Well, tidak semua yang dirancang akan berjaya seperti yang di sangka.  Malang memang tidak berbau, baru saja singa ni naik ke tiang tiba-tiba dia salah step dan kaki kanannya terhentak tiang.  Terpaksa di turunkan dan di hantar ke hospital. Disqualified laa...


Ini persembahan sahaja


Persembahan ini agak membosankan, so aku pun beralih ke gerai-gerai untuk mencari makanan.  Aku bukan lemas kerana ramainya orang yang berasak-asak, tapi aku lemas sebab ramai sangat orang yang berkentut!


Gerai-gerai ini berhampiran dengan Hotel Grand Dorsett, so malam itu ramai 'orang putih' pun join the crowd.


Maci bugis ini selalunya berjualan di Supermarket Bataras, tapi ini malam dia mencuba nasib menjual di sini, sejujurnya, untuk aku, aku tidak suka sayap ayam maci ini, tak sedap! sorry maci...


Selepas membeli makanan kami pun lepak di padang dataran ini, macam piknik lah ... sambil melihat skrin besar ada konsert di pentas utama. 


Tujuan kami menunggu ini ialah untuk melihat persembahan bunga api, tapi emcee bagitau, bunga api hanya ada pada malam isnin, so what am i waiting for? konsert nya pun buring .. balik lahhh


On the way balik ke kereta, aku tertarik dengan hiasan lampu warna di sepanjang Jalan Merdeka ni, lawa kan, kalau ada di rumah ni waaaa gemerlapan rumah ku hekhekhek


12 Februari aku datang lagi ke Dataran Labuan, aku datang lewat dan hanya sempat melihat majlis penyampaian hadiah saja....


Penyampaian cek kepada johan acara tarik tali, penyampainya ialah Raja Nong Chik, Menteri Wilayah daaaa



Tetamu-tetamu jemputan, biasa la, ketua jabatan dan ketua-ketua kampung huhu


Dan aku tinggalkan tempat penyampaian hadiah dan beralih lagi ke gerai-gerai jualan ... ini menarik perhatian, aku membeli selipar ini.


Akhirnya, majlis sambutan ini akan berakhir jam 12 malam.  Jalan ini akan sepi dan sunyi seperti sediakala dan warga Labuan tentu akan tertunggu-tunggu keramaian seterusnya, iaitu pada bulan April, Labuan International Sea Challenge ...


Thank you so much for your attention and see you again!!

1 comment:

  1. Online Casino Site - Best Payout Casinos in USA
    The best Online 바카라 사이트 Casinos in the USA, ranked by 인카지노 your bonus. We compare the best US Online Casinos to see what 카지노 bonuses you can get.

    ReplyDelete