Saturday, November 5, 2011

AIDILFITRI 2011


Salam Aidilfitri.. sudah lama tidak menjenguk blog.  Bukan sibuk tapi kurang bahan.  Adilfitri tahun ini adalah yang terhambar yang pernah aku rasakan seumur hidup ku.  Mudah-mudahan saja di masa akan datang Aidilfitri akan lebih meriah dan bermakna.  Inilah tema pakaian raya tahun ini, biru.  Oleh kerana aku tidak lagi layak untuk beraya bersama keluarga di Gersik maka aku menyediakan satu pakaian sahaja.


Walau apapun terjadi, raya tetap raya, aku tidak lupa menyediakan juadah untuk dihidangkan di pagi itu.  Seperti biasa, antara masakan favourite di pagi raya ialah ayam kurma dengan nasi minyak .. ada lagi..


Daging Kicap


Telur goreng mata kerbau masak sos.  Yang ni aku yang tais liur kan makan nie hehehe, special request!


Mix vege ..


Lazim nya kami akan berpiknik semasa raya .. dan ia macam satu kemestian plang.  Kami ke pantai Pohon Batu Jalan Pancur Hitam ..


Wah .. tebangkang waaaaa .. 


Juadah seperti biasa, sayap ayam lerr


pergghhh ... confirm sadap!


Begitu sajalah paparan untuk kali ini, oleh kerana tiada sesiapa yang pulang ke kampung tahun ini maka kami menyambutnya dengan sederhana.  Terima kasih pada Bibi yang sanggup datang dan mengemas rumah.  Tahun ini juga kami tidak beraya seperti selalunya.  Aku dengan rendah diri mohon maaf zahir dan batin pada seluruh keluarga di mana saja berada.  Salam Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment