Sunday, November 6, 2011

KENANGAN MASA REMAJA


Inilah gambar kenangan semasa aku remaja.  Sekolah menengah pertama ku ialah SM St. Anne.  Sekolah ini ditubuhkan oleh mubaligh Kristian.  Sepatutnya ia adalah All Girls School.  Tetapi apabila pelajar dari sekolah Tiong Hua terpaksa menjalani kelas peralihan selama setahun maka sekolah ini menerima pelajar lelaki untuk kelas peralihan itu.  Dan semasa aku di tingkatan satu, sekolah ini menukar polisi apabila menerima ramai pelajar Islam dan guru-guru agama untuk keperluan pelajar Islam.  Gambar ini diambil semasa penutup sesi persekolahan semasa aku tingkatan tiga, tahun 1988.  Sekolah ini 90% dibina dengan kayu dan ketika itu masih ada banyak patung-patung St. Mary dan Saint-saint lain terletak di setiap kelas kecuali kelas agama Islam.  Ketika itu pelajar Islam tidak digalakkan bertudung tapi tidak pula dipaksa untuk membukanya jika sudah memakainya .. demokrasi lah katakan.


Ini pula sekolah menengah kedua ku, SM Kebangsaan Labuan.  Aku terpaksa berpindah sekolah kerana SM St. Anne hanya menyediakan kelas hingga tingkatan tiga sahaja.  Di sekolah ini pula berlainan, pelajar dimestikan memakai tudung kalau tidak akan di cubit!  Aku pakai tudung sebab takut cikgu cubit dan kena sindir selalu.  Sungguh tak ikhlas kan haha... masih ku ingat ketika balik sekolah kalau ketinggalan bas, aku akan ke bandar untuk pulang dengan pengangkutan awam, apabila keluar saja dari pagar sekolah, aku akan buka tudung ku itu kerana kepanasan adesss ... jahil benarrr.  Pendapat peribadi ku... pelajar di sekolah ini sangat bermasalah.



Inilah mural yang dilukis diluar dewan sekolah.  Aku masih ingat pelukisnya, bukan orang lain kawan sekelas aku juga hehe Tan Yung Kim.  Dia berasal dari Melaka, ke sini bersama kakak nya kerana dia anak yatim dan kakaknya ditugaskan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Layang-Layangan.  Tan memang berbakat dan aku sangat mengagumi semua lukisannya.  Di mana pun Tan sekarang ini, aku harap dia masih melukis dan berharap akan bertemu lagi.


Semasa sekolah rendah lagi aku sangat minat untuk menyertai pasukan Pengakap.  Aku sangat aktif sehingga Mama ku tidak dapat menghalang aku dari melakukan semua aktiviti Pengakap.  Setiap sabtu petang aku akan ke SRK Pekan Satu untuk menyertai Pasukan Pengakap 01.  Kiranya kami yang terhandal lah ketika itu.  Aku tidak sampai ke tahap Skipper kerana aku tidak berniat untuk menjadi Skipper tapi aku berjaya mendapatkan lencana Usaha, Maju dan akhirnya Jaya.  Kawan rapatku sejak Akela lagi ialah Sumarni Dehek.  Sekarang dia tidak ku temui lagi.  Entah la dia di mana, sejak habis SPM kami bawa diri masing-masing, yang aku tau dia menyambung pelajaran nya di kolej swasta di Kota Kinabalu.


Aku sempat masuk tingkatan 6 bawah.  Tak sampai ke atas sebab aku sangat teruk dalam mata pelajaran Mikro.  Beberapa bulan terseksa di tingkatan 6 akhirnya aku mendapat khabar menggembirakan aku, aku diterima masuk ke ITM.  Aku menjalani temuduga dan aku diterima sebagai pelajar pada Julai 1991.  Nah itulah aku selepas minggu orientasi.  I look horrible that time hahaha ...


Ini gambar semasa hari terakhir minggu orientasi.  Roomate ku pada ketika itu ialah Nena.  Nena tiada dalam gambar ini.  Yang bertudung tu freshie dan yang lain-lain itu ialah abang dan kakak OC.


Semester pertama aku duduk bilik sardin, mana kan tidak satu bilik kecil untuk 4 orang dengan katil bertingkat.  Neriza, Siti Roszariah dan Rafeah adalah roomate pertama ku.  Dan yang dalam gambar ini ialah Neriza, kiranya dia adalah kawan sangat karib ku.  Kebetulan kami satu kursus.  Gambar ini diambil dalam bas semasa kami membuat lawatan di penghujung semester pertama.


Refeah ... gadis dari Sandakan.  Dia juga roomate aku tapi selalu bikin masalah.  Selepas habis paper terakhir kami, dia minta bergambar bersama aku, nah inilah gambarnya.  I really look horrible that time hahaha


Norana Aliakbar ... roomate aku semasa semester ketiga.  Dia kecil dan comel.  Dia kawan yang baik.  Gambar ini diambil semasa kami menjadi AJK untuk satu event.  Aku pun tak ingatlah tapi yang pasti Nana jadi penyambut tetamu dan aku menjadi Emcee. 


Fennie Sylvester, Jobit Layun dan Neriza Jaglul.  Mereka ini kawan satu kursus.  Sebelum masuk kelas kami ambil gambar, mana tau kan suatu hari tidak berjumpa lagi.  Aku rindu mereka.  Ner sudah anak dua dan dengar khabar sudah bercerai pun.  Fennie kawin tahun 2007.  Sampai sekarang belum ada anak juga sama macam aku.  Jobit khabarnya telah memeluk agama Islam dan sekarang menjadi pensyarah di UMT. I miss you all .. i still look horrible in this picture hahahaha ....


Oh yeahh!!!  Aku tidak meninggalkan aktiviti pakaian seragam ku kan.  Semester pertama kami semua terpaksa menjalani latihan kesatria, wajib!  Aku tidak merasa janggal kerana aku sudah biasa dan aku sangat teruja bila aku ditawarkan menjalani latihan intensif bakal komander di Terengganu.  I am so exited!!  Lihat gambar tu, apa yang membezakan aku dengan yang lain?? Aku pakai beret.  Itu tandanya aku Komander la huhu ... gambar ini diambil di hutan Kinarut, Papar semasa latihan hutan, aku tidak banyak tugas, kerja ku hanya menjaga-jaga pelatih dan selepas pulang dari latihan hutan ini aku terus pergi kursus kepimpinan pusat latihan Kastam di Menggatal.  Penatlah juga tapi i am so exited .. ermm this one i dont look horrible what??!! hahaha


Ini juga salah seorang roomate aku, namanya Annie a/k Sumbang, Iban dari Sungai Batang Lupar, Sarawak.  Dia nie suka makan nestum mentah-mentah.  Kami suka latihan hutan dan jalan lasak, dan gambar ini diambil awal pagi selepas sarapan, komanders tidak dibenarkan bergaul dengan pelatih, tapi aku peduli hapa, Annie kawan aku! 


Inilah rupaku selepas balik dari latihan hutan, selepas ini aku kena packing lagi sebab kena pegi kursus kepimpinan.  Letih ketika itu tidak membuat aku stress, masih muda kan aku sangat bertenaga.  I miss that wonderfull time .. aku teringin juga study semula tapi saat-saat manis seperti ini tidak akan berulang lagi takkan sama ... where are you all my frens...


Gambar ini aku post sebab ia berlatar belakangkan Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Satu.  Ini gambar lama Che Din aku pinjam dan scan sebab sekolah itulah.  Aku tidak pernah kenal dia masa dulu, aku hanya kenal dia ketika bekerja, masa di SMK pun aku kurang sangat kenal dengan dia, TQ Che Din kerana simpan gambar sekolah lama ini.  Cikgu yang paling popular di tengah-tengah itu ialah Cikgu Samad ... my feveret teacher kerana dia suka menyanyi haha .. thats all folksss...  what a wonderful time of my live!!!

JAHITAN MANIK


Ini bukan mau menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada promosi.  Aku mula berminat menjahit manik kerana aku suka akan warna dan motif yang terbentuk oleh manik-manik kecil ini.  So aku mula menjahit di atas baju-baju ku.  Ia menjadi hobi dan juga pendapatan tetapi tertakluk kepada tempahan.


Motif ini aku ciplak dari baju kawan ku.  Aku mencubanya dan mengubahnya sedikit dan ia berjaya.  Walaupun tidak sempurna tapi ia masih boleh dibanggakan haha ..


Jahitan manjalara


Pada raya lalu, kawan ku meminta untuk menjahit manik pada baju kurungnya dan dua anak gadisnya.  Inilah hasil pada baju Mama Jane.


Jahitan di tangan baju.


Close up di bahagian dada.


Jahitan manik untuk baju kurung Ayu.  Belum siap sepenuhnya. Untuk Ayu aku pilihkan dia bunga Dahlia.


Jahitan manik pada baju kurung Amoi, aku memilih untuk memilih bunga dahlia dengan dedaun manjalara. 


Close up bahagian dada.


Close up di bahagian tangan.  Mereka memilih kain sekayu dan sedondonlah mereka pada raya tahun ini.  Bagi sesiapa yang ingin memanik pakaian, silalah berhubung dengan ku di facebook huhu .

THE OFFICE


Salam satu Malaysia.  Kisah kali ini ialah kisah perpindahan pejabat.  Disebabkan kesempitan ruang kami diputuskan untuk berpindah ke blok belakang.  Tujuannya untuk mendapat tempat yang lebih selesa. Sebagai permulaan, partition kami di larak untuk dihantar ke pejabat baru.  


Huru hara jadinya.  Selepas partition diangkat kami terpaksa kemas balik sementara menantikan 'wiring' siap di pejabat baru.  Ermm .. aku ni sangat tidak pengemas .. lihatlah begitu banyak barang yang dikumpul.  Aku harap aku akan mengubah diri ku daripada pengumpul sampah kepada pembuang sampah haha...


Sebelum pindah ke pejabat baru, sempat lagi aku dibekalkan PC baru, PC lama masih ada bersama aku ketika itu, kerana aku belum transfer data.  Jadi aku kaya whuawhuawhuaaa ... aku harap orang IT lupa akan PC lama nie, kiranya aku boleh simpan dan gunakan di rumah.  Tapi ermm malang, PC ini juga diambil akhirnya ketika berada di pejabat baru.


Pada bulan puasa lalu, kami diarahkan berpindah.  Sungguh memenatkan tapi apa boleh buat, semua orang exited mau pindah, nda kan aku tinggal sendiri-sendiri kan.  So inilah dia pejabat lama sebagai kenangan.  Satu persatu perabot dipindahkan dan aku sedih .. imbas .. Disember 2006 aku diperintahkan untuk bertugas di Jabatan Harta sehinggalah ke hari ini.  Aku suka berada di Jabatan ini walaupun banyak perkara menyakitkan hati berlaku. 


Ini adalah tempat baru aku.  Ia lebih luas dan lebih selesa walaupun terperosok nun disudut pejabat.  Tak ada pilihan kerana aku terpaksa menempel dekat dengan pejabat boss.  


So sikit demi sikit barang-barang pun di pindahkan.  Sekarang aku sudah berada di pejabat baru semenjak pertengahan Ramadhan dan tempat ini sudah pun kemas.  Aku menghiasnya dengan keinginan ku tapi sayang gambar tiada .. nantilah ok


Begitulah saja kisah pindah ini, ini gambar kami semasa hari perpindahan, penat dan lapar sebab berpuasa tapi tetap senyum hehe ... enjoyyy

Saturday, November 5, 2011

RAMADAN 2011


Ramadhan datang lagi.  Syukur alhamdulillah aku masih berkesempatan bersama Ramadhan tahun ini. Setiap kali bulan puasa tiba aku akan merasa resah kerana takut tidak dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna. Tidak mungkin penuh sebulan tapi tubuh ini sangat lemah.  Walau bagaimanapun, aku berjaya juga berpuasa walaupun keletihan, bukan kerana tidak makan, tapi kerana badan ku ini sudah sememangnya tidak bermaya lagi. Seperti lazimnya di semua rumah, apabila hari sudah hampir senja, maka makanan akan melimpah ruahlah .. lihat meja itu, penuh gilerr .. selamat berbuka.


Beginilah juadahnya, kuih muih dan martabak itu adalah kewajipan hehe


yeahh martabak lagi ...


Karipap comel ..


Cucur Udang pembuka selera ...  no nasi no hal ..


Seminggu selepas Ramadhan aku membawa keluarga ku berbuka puasa di Grand Dorsett .. walaupun perut ku kurang upaya menerima makanan berat di sana tapi aku puas hati sebab aku dapat menapauuuu...


Mee Kari buatan ku sendiri ..


Butter Prawn yummy


Bazaar Ramadhan ..


Ini sangat menarik perhatian ku kerana ia sangat comel, dinosour egg cup cakes



Ini juga dinosour egg cup cakes tapi lebih kecil saiznya .. sangat cute


Di pasar pula, biskut raya sudah mula dijual di pertengahan Ramadhan .. aku sangat teruja melihat biskut ini yang berwarna warni tapi tidak pula aku teruja untuk membelinya hehe 


Biskut ini mengingatkan aku pada arwah Mama .. dulu kami tidak pernah tempah biskut raya, semua Mama buat dan aku sangat rindu akan saat-saat itu ...


Dan ini adalah juadah kami pada hari terakhir Ramadhan. Selamat Hari Raya Aidilftiri, Maaf zahir dan batin.

AIDILFITRI 2011


Salam Aidilfitri.. sudah lama tidak menjenguk blog.  Bukan sibuk tapi kurang bahan.  Adilfitri tahun ini adalah yang terhambar yang pernah aku rasakan seumur hidup ku.  Mudah-mudahan saja di masa akan datang Aidilfitri akan lebih meriah dan bermakna.  Inilah tema pakaian raya tahun ini, biru.  Oleh kerana aku tidak lagi layak untuk beraya bersama keluarga di Gersik maka aku menyediakan satu pakaian sahaja.


Walau apapun terjadi, raya tetap raya, aku tidak lupa menyediakan juadah untuk dihidangkan di pagi itu.  Seperti biasa, antara masakan favourite di pagi raya ialah ayam kurma dengan nasi minyak .. ada lagi..


Daging Kicap


Telur goreng mata kerbau masak sos.  Yang ni aku yang tais liur kan makan nie hehehe, special request!


Mix vege ..


Lazim nya kami akan berpiknik semasa raya .. dan ia macam satu kemestian plang.  Kami ke pantai Pohon Batu Jalan Pancur Hitam ..


Wah .. tebangkang waaaaa .. 


Juadah seperti biasa, sayap ayam lerr


pergghhh ... confirm sadap!


Begitu sajalah paparan untuk kali ini, oleh kerana tiada sesiapa yang pulang ke kampung tahun ini maka kami menyambutnya dengan sederhana.  Terima kasih pada Bibi yang sanggup datang dan mengemas rumah.  Tahun ini juga kami tidak beraya seperti selalunya.  Aku dengan rendah diri mohon maaf zahir dan batin pada seluruh keluarga di mana saja berada.  Salam Aidilfitri.