Saturday, November 5, 2011

RAMADAN 2011


Ramadhan datang lagi.  Syukur alhamdulillah aku masih berkesempatan bersama Ramadhan tahun ini. Setiap kali bulan puasa tiba aku akan merasa resah kerana takut tidak dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna. Tidak mungkin penuh sebulan tapi tubuh ini sangat lemah.  Walau bagaimanapun, aku berjaya juga berpuasa walaupun keletihan, bukan kerana tidak makan, tapi kerana badan ku ini sudah sememangnya tidak bermaya lagi. Seperti lazimnya di semua rumah, apabila hari sudah hampir senja, maka makanan akan melimpah ruahlah .. lihat meja itu, penuh gilerr .. selamat berbuka.


Beginilah juadahnya, kuih muih dan martabak itu adalah kewajipan hehe


yeahh martabak lagi ...


Karipap comel ..


Cucur Udang pembuka selera ...  no nasi no hal ..


Seminggu selepas Ramadhan aku membawa keluarga ku berbuka puasa di Grand Dorsett .. walaupun perut ku kurang upaya menerima makanan berat di sana tapi aku puas hati sebab aku dapat menapauuuu...


Mee Kari buatan ku sendiri ..


Butter Prawn yummy


Bazaar Ramadhan ..


Ini sangat menarik perhatian ku kerana ia sangat comel, dinosour egg cup cakes



Ini juga dinosour egg cup cakes tapi lebih kecil saiznya .. sangat cute


Di pasar pula, biskut raya sudah mula dijual di pertengahan Ramadhan .. aku sangat teruja melihat biskut ini yang berwarna warni tapi tidak pula aku teruja untuk membelinya hehe 


Biskut ini mengingatkan aku pada arwah Mama .. dulu kami tidak pernah tempah biskut raya, semua Mama buat dan aku sangat rindu akan saat-saat itu ...


Dan ini adalah juadah kami pada hari terakhir Ramadhan. Selamat Hari Raya Aidilftiri, Maaf zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment