Salam satu Malaysia. Kisah kali ini ialah kisah perpindahan pejabat. Disebabkan kesempitan ruang kami diputuskan untuk berpindah ke blok belakang. Tujuannya untuk mendapat tempat yang lebih selesa. Sebagai permulaan, partition kami di larak untuk dihantar ke pejabat baru.
Huru hara jadinya. Selepas partition diangkat kami terpaksa kemas balik sementara menantikan 'wiring' siap di pejabat baru. Ermm .. aku ni sangat tidak pengemas .. lihatlah begitu banyak barang yang dikumpul. Aku harap aku akan mengubah diri ku daripada pengumpul sampah kepada pembuang sampah haha...
Sebelum pindah ke pejabat baru, sempat lagi aku dibekalkan PC baru, PC lama masih ada bersama aku ketika itu, kerana aku belum transfer data. Jadi aku kaya whuawhuawhuaaa ... aku harap orang IT lupa akan PC lama nie, kiranya aku boleh simpan dan gunakan di rumah. Tapi ermm malang, PC ini juga diambil akhirnya ketika berada di pejabat baru.
Pada bulan puasa lalu, kami diarahkan berpindah. Sungguh memenatkan tapi apa boleh buat, semua orang exited mau pindah, nda kan aku tinggal sendiri-sendiri kan. So inilah dia pejabat lama sebagai kenangan. Satu persatu perabot dipindahkan dan aku sedih .. imbas .. Disember 2006 aku diperintahkan untuk bertugas di Jabatan Harta sehinggalah ke hari ini. Aku suka berada di Jabatan ini walaupun banyak perkara menyakitkan hati berlaku.
Ini adalah tempat baru aku. Ia lebih luas dan lebih selesa walaupun terperosok nun disudut pejabat. Tak ada pilihan kerana aku terpaksa menempel dekat dengan pejabat boss.
So sikit demi sikit barang-barang pun di pindahkan. Sekarang aku sudah berada di pejabat baru semenjak pertengahan Ramadhan dan tempat ini sudah pun kemas. Aku menghiasnya dengan keinginan ku tapi sayang gambar tiada .. nantilah ok
Begitulah saja kisah pindah ini, ini gambar kami semasa hari perpindahan, penat dan lapar sebab berpuasa tapi tetap senyum hehe ... enjoyyy
No comments:
Post a Comment