Sunday, April 10, 2011

ZIARAH ORANG BRUNEI


Pada suatu hari, ntah aku nda ingat berapa hari bulan, Haji Yusof, Hjh. Jinab dan anaknya si Rahman dan tunangnya datang ke Labuan. Hajatnya mau menziarah kubur. Jadi dorg bermalam la di rumah barang semalam.  Risau jua ku sebab rumah kami bau tahi ucing. Hantam sajalah bukan lama pun satu malam saja ba.


Dari terminal dorg pi makan dulu di Malindo lapas tu barulah kami ke kubur pertama di Rancha-Rancha Darat.  Katanya kubur ini milik Syarif Tuanku, aku sendiri nda pernah tau wujud orang nie, yang ku tau cuma Syarif Kedah saja, aku sendiri nda pernah datang pun ke tanah perkuburan ni.  Menurut cerita orang, orang Brunei memang selalu melawat kubur ni, entah la apa kaitan dorg dengan Syarif Tuanku, tapi berkat jua orang nie sebab ramai yang menziarah dan menyedekahkan tahlil untuk nya. Tapi yang lagi pelik tu, selepas berdoa di kubur nie, babu suruh kami pasang kain kuning dan putih di sekitar kubur ni, apa tujuannya aku sendiri pun nda paham, kata babu Syarif Tuanku nie bukan sebarangan orang, dia boleh menukar air laut kepada air tawar, wallahuallam.


Tapi yang lebih menghairankan aku, kubur ni macam terbiar dan tengoklah semak di sana sini dan menyeramkan.. banarr!!



Selepas kubur di Ranca-Ranca Darat, kami melawat Tanah Perkuburan Keramat di Tanjung Taras, seumur hidup aku inilah pertama kali aku datang ke kuburan ni.  Entrance nya nampak okay, tapi sudah sampai ke dalam subhanallah .. lebih semak dari sebelum ni.  


Nah lihatlah ada kubur lama yang tiada bernama.  Aku tertanya-tanya jua siapa ba yang dorang lawat di sini, rupanya kubur arwah anak saudara Haji Yusof.  Selain tu dorang kata ada jua kubur seorang Syarif tapi nda ku ingat apa nama Syarif tu, yang pasti bukan Syarif Dol.


Semak dan menyeramkan


Kerana terlampau semak, aku buleh tersipak batu nisan nie, nasib baik aku nda ketaguran eh, minta maaf tok nenek, cucu tumpang lalu..


Selepas dari kubur, kami pun menjamu selera di Sri Lada Chop House di Kampung Sungai Lada, Che Din lah yang membawa kami makan di sini.  Aiseymen punya men lapar kami kan, melahap lah kami semau-maunya dan semuanya di tanggung perbelanjaan oleh Haji Yusof, alhamdulillah.


Happy eh kanyang sudah.  Lapas ani kami pun balik lah, berihat, 
tu si jinon dan si aini, tunang si Rahman


Sebelum balik sampat berunding pasal aksesori kerita, nda la ku tau dapat ka inda aksesori kerita celica atu, biar tia eh .. lalah sudah ku.. esoknya dorg muleh ke Brunei awal pagi .. macam atu saja tah ceritanya ..

No comments:

Post a Comment