Friday, February 4, 2011

GOTONG ROYONG


5 Februari 2011.  Kami telah bergotong royong membersihkan kawasan rumah sebelah tepi, kerana sini ruang lebih luas dan banyak barang.  Ini serius!!! Terlalu semak dan kotor.  So lihatlah apa kesudahan daripada pembersihan ini.


Lihatlah lantai simen itu, penuh lumut dan berbau busuk.  Aku pernah tergelincir kerana lumut itu licin dan tebal, jadi sesuatu harus di lakukan.


Yang ini juga semak, sana la tin, sana lah papan, bannerlah .. ada yang perlu di buang nie.


Di sini selalu menjadi tempat makan untuk kucing-kucing, banyak najis dan lalat dan sungguh tidak menyenangkan apabila hari hujan, jom kita lihat selepas tempat ini dibersihkan.


Inilah dia kawasan tadi selepas di bersihkan, lantai ini nampak bersih dan tidak berbau lagi.  Beberapa barang yang tidak diperlukan sudah pun selamat di dalam tong sampah.  Cuaca hari ini tidak begitu panas dan seakan hujan, bagus juga supaya lantai ini terus basah dan kami boleh sapu lagi sampai hilang lumut hijau itu.


Tempat kucing makan ini pun sudah bersih, no more dunk no more flies, hopefully. 


ah haa ... tempat jemur kain ini juga sudah tidak berlumut dan licin lagi .. hurrrayyy ... 


Semasa aku membersihkan di sini aku jumpa cicak, labah-labah besar, lipan dan macam-macam serangga kecil, semua ku siram dengan air hahaha .. no mercy...  dan aku puas hati kerana tempat ini bersih.


Sebelum kawasan bawah tangki ini dibersihkan, macam-macam barang yang di letak di bawahnya, cermin lah papan lah, besi buruk lah eh pandai banar benaindah kami ani, kan dibuang sayang kan di simpan betagar, erm so kami sudah sepakat semua itu kami buang saja lah kan ... Maka bersihlah kawasan tepi rumah ini, kami semua puas hati, kemudian kami relax dan minum revive dan makan ayam KFC .. tamat!!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment